QUESTION

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya, bagaimana hendak membayar hutang jika saya tidak lagi berjumpa dengan orang yang menghutangkan saya itu dan tidak tahu dimana dia berada. Saya berniat hendak menlangsaikan hutang itu walau hutang tu tak banyak kerana waktu itu saya didalam keaadan susah. Sekarang saya dah mempunyai sedikit rezeki untuk membayar hutang itu tetapi orang tersebut tidak diketahui keberadaannya. Adakah cara lain agar saya boleh membayar hutang tersebut?

ANSWERS

Wa alaikum salam kepada saudara yang bertanya,

Kalau sekiranya tidak diketahui di mana beliau berada, wang tersebut diberikan kepada fakir dan miskin dengan niat melunaskan hutang tersebut. Kalau sekiranya dia dijumpa selepas itu, maka wajib dikembalikan wang itu kepadanya.

Wassalam